Saturday, September 19, 2009
Sunday, September 06, 2009
Friday, August 07, 2009
Konvoi Merdeka 2009
Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini, Respect Auto Club akan mengadakan kempen Kibarkan Jalur Gemilang dan juga Konvoi ke Semporna pada 9 Ogos 2009, jam 8 pagi bertempat di hadapan bangunan MPT. Antara agenda pada pagi tersebut ialah mengedarkan Jalur Gemilang kepada warga Tawau dan seterusnya konvoi di sekitar bandar Tawau sebelum bergerak menuju ke Semporna. Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan sambutan Kemerdekaan pada tahun ini dengan semangat Respect Auto Club.
Tuesday, July 21, 2009
Perlawanan Persahabatan Badminton
Satu perlawanan badminton di antara ahli-ahli kelab akan diadakan pada 26 Julai 2009, jam 9 pagi bertempat di dewan baru Jalan Bunga Raya, Sin Onn, Tawau. Antara lain tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi ikatan perpaduan dalam kalangan ahli kelab di samping dapat memupuk semangat bersukan untuk hidup yang lebih sihat. Semua anggota kelab digalakkan membawa sekali ahli keluarga, anak dan isteri bagi memeriahkan lagi aktiviti tersebut. Majulah sukan untuk TRAC.
Tuesday, May 19, 2009
Barang Untuk Dijual??
Kepada semua ahli TRAC..sekiranya tuan-tuan mempunyai sebarang barang untuk dijual seperti tayar,rim,kereta,rumah dll bolehlah emailkan gambar brg tersebut kepada saya. Sila sertakan sekali harga dan no. utk dihubungi.
webmaster : mattvandecro@gmail.com
webmaster : mattvandecro@gmail.com
Wednesday, April 01, 2009
Koleksi Teksi bro..
Mungkin ada di antara anggota TRAC yang berminat untuk memulakan bisnes teksi satu hari nanti. Di sini ada beberapa gambar teksi dari Malaysia dan juga dari seluruh dunia..manalah tau lepas ni ada ilham mau make-up teksi tu..ok bro..

Ini teksi Proton Saga BLM NGV 1.6L campro

Ini teksi Proton Waja

Ini teksi Nissan Sentra

Teksi Naza Citra

Teksi Naza Ria..sesuai untuk family..

Teksi BMW ni bro..klu ada duit dlm 100k bole suda ni..

Kalau dpt naik teksi ni dari Tawau ke Lahad Datu, mantap tu bro..tidak dpt dibayangkan macmana skirt sangkut di jln Tingkayu sana..hehe

Teksi Enzo Ferrari ni bolehlah di cuba sekiranya tuan-tuan ke negara teluk. Ini menunjukkan yang mat-mat Arab di sana tu sampai guna Ferrari bah untuk tarik org guna teksi dorg..kaya tu...!!

Ni teksi Honda NSX..ini merupakan gambaran aja..tapi klu ada betul-betul ni, mungkin tambang dari Pasar Ikan Tawau ke Kg. Pukat saja sudah kena charge RM50..nda kisahlah, yg penting bergaya bah..beli ikan naik Honda NSX..

Ini teksi Proton Saga BLM NGV 1.6L campro

Ini teksi Proton Waja

Ini teksi Nissan Sentra

Teksi Naza Citra

Teksi Naza Ria..sesuai untuk family..

Teksi BMW ni bro..klu ada duit dlm 100k bole suda ni..

Kalau dpt naik teksi ni dari Tawau ke Lahad Datu, mantap tu bro..tidak dpt dibayangkan macmana skirt sangkut di jln Tingkayu sana..hehe

Teksi Enzo Ferrari ni bolehlah di cuba sekiranya tuan-tuan ke negara teluk. Ini menunjukkan yang mat-mat Arab di sana tu sampai guna Ferrari bah untuk tarik org guna teksi dorg..kaya tu...!!

Ni teksi Honda NSX..ini merupakan gambaran aja..tapi klu ada betul-betul ni, mungkin tambang dari Pasar Ikan Tawau ke Kg. Pukat saja sudah kena charge RM50..nda kisahlah, yg penting bergaya bah..beli ikan naik Honda NSX..
Wednesday, March 25, 2009
Family Day TRAC
Pada 21 Mac yang lalu, TRAC telah menganjurkan hari keluarga di Tmn Bukit Twu. Walaupun tidak ramai ahli yang turut serta namun program ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Ini merupakan antara gambar yang diambil sebelum bertolak ke Tmn Bukit Tawau.
Monday, March 16, 2009
Tuesday, March 10, 2009
Two-way Jacket
Wednesday, March 04, 2009
Kenali Tayar Anda

Salam kepada semua ahli TRAC.
Kita selalunya menukar tayar tanpa mengetahui maksud di sebalik nombor-nombor dan tulisan di tayar tersebut. Jadi, sebagai panduan, saya berikan di sini diagram tayar dan maksud simbol/nombor/tulisan sebagai panduan semua yang saya ambil di dari internet.
A – Nama pengeluar tayar atau jenama tayar
B – 185: Kelebaran tayar
65: Kelebaran tayar dalam bentuk pecahan
R: Radial – standard utk tayar kereta motokar
13: Saiz rim
96: Index berat yang kereta anda boleh tampung
H: Tahap kelajuan – standard untuk motokar
C – Menunjukkan jenis tayar kereta
D – Selalunya menunjukkan jenis permukaan yang tayar boleh lalui
E – Menunjukkan tekanan tayar anda
F – Nombor siri tayar
G – Selalunya nombor jenis tayar pengeluar
H – Negara pengeluar tayar
Monday, March 02, 2009
Lembaran Baru 2009
Bertempat di Restoran Sri Tanjung minggu lepas (28 Februari 2009) jam 830 malam, satu perjumpaan anggota-anggota TRAC telah diadakan. Mesyuarat ringkas tersebut telah dipengerusikan oleh saudara Mohd. Fadhlan memandangkan kesibukan tuan pengerusi En. Jupri. Mungkin disebabkan oleh kesibukan masing-masing, cuma 15 orang ahli telah menghadiri perjumpaan tersebut. Beberapa agenda telah dibincangkan. Antara lain, pungutan yuran bulanan sebanyak RM10, pemilihan jaket rasmi kelab, sticker baru kereta dan juga perancangan aktiviti kelab bagi tahun 2009 ini. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah, hari keluarga, konvoi dan juga perlawanan persahabatan badminton dan futsal. Adalah diharapkan agar TRAC akan lebih aktif pada 2009 ini untuk menjadi satu kelab yang disegani di daerah Tawau.
Thursday, November 29, 2007
Thursday, July 12, 2007
Penstrukturan Semula
Respect Auto Club telah secara rasminya dikenali sebagai Tawau Respect Auto Club. Satu perjumpaan telah diadakan pada 8 Julai 2007 di Restoran Selera Tanjung Tawau yang lalu. Pada perjumpaan ini, beberapa ketetapan telah dibuat. Antaranya, perlantikan AJK yang baru. En. Jupri Yusup telah dipilih secara majoriti sebagai pengerusi kelab yang baru menggantikan En. Iskandar Nonche. Selain daripada itu, kutipan yuran tahunan juga telah dibuat.Diharapkan agar Tawau Respect Auto CLub akan terus maju dan aktif di masa-masa yang akan datang.
Monday, May 15, 2006
Felda Sahabat Resort
Respect Auto Club akan mengadakan konvoi ke Felda Sahabat Resort, Lahad Datu pada 27-29 Mei 2006. Program ini bertujuan untuk mengenalpasti ahli-ahli komited dan juga untuk memberi peluang kepada semua ahli untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi di antara satu dengan yang lain. Antara pengisian program adalah seperti perlawanan persahabatan badminton dan bolasepak, mesyuarat agung tahunan dan juga BBQ.
Tuesday, May 02, 2006
Selamat Datang
Selamat Datang ke Laman Web rasmi Respect Auto Club. Laman ini dibangunkan untuk kegunaan ahli kelab berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing.
Monday, April 24, 2006
Subscribe to:
Posts (Atom)



















