Monday, March 02, 2009

Lembaran Baru 2009

Bertempat di Restoran Sri Tanjung minggu lepas (28 Februari 2009) jam 830 malam, satu perjumpaan anggota-anggota TRAC telah diadakan. Mesyuarat ringkas tersebut telah dipengerusikan oleh saudara Mohd. Fadhlan memandangkan kesibukan tuan pengerusi En. Jupri. Mungkin disebabkan oleh kesibukan masing-masing, cuma 15 orang ahli telah menghadiri perjumpaan tersebut. Beberapa agenda telah dibincangkan. Antara lain, pungutan yuran bulanan sebanyak RM10, pemilihan jaket rasmi kelab, sticker baru kereta dan juga perancangan aktiviti kelab bagi tahun 2009 ini. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah, hari keluarga, konvoi dan juga perlawanan persahabatan badminton dan futsal. Adalah diharapkan agar TRAC akan lebih aktif pada 2009 ini untuk menjadi satu kelab yang disegani di daerah Tawau.

No comments: