Tuesday, July 21, 2009

Perlawanan Persahabatan Badminton

Satu perlawanan badminton di antara ahli-ahli kelab akan diadakan pada 26 Julai 2009, jam 9 pagi bertempat di dewan baru Jalan Bunga Raya, Sin Onn, Tawau. Antara lain tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi ikatan perpaduan dalam kalangan ahli kelab di samping dapat memupuk semangat bersukan untuk hidup yang lebih sihat. Semua anggota kelab digalakkan membawa sekali ahli keluarga, anak dan isteri bagi memeriahkan lagi aktiviti tersebut. Majulah sukan untuk TRAC.